BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 28, 2011

Minggu yang Sangat Bizzzyyy..@_@ + :)

Alhamdulillah dah weekend hehe dah lama aku tertunggu saat2 ni bukan ape..hari-hari dalam minggu ni dirasakan begitu cepat berlalu...:)
Sebelum tu meh nak list down homework-homework aku untuk this weekend hehe
1.Lab Reportt Bio
2.Presentation English(New Zealand's FOOD)
3.The most 'adorable' subject,TOK(Presentation)
4.IA Econs bling bling
5.Revision for CHEMISTRY BIO and MATH :)
Nampak macam banyak je kan..pasti muka kita berkerut je hujung minggu ni..yelah mesti stress bila homework berlambak macam gambar kat bawah ni hehe



Jangan risau atau bersedih..Allah sentiasa bersama kita...
Mungkin ada jugak yang searh GOOGLE macam manela nak hilangkan stres ni..Secara Baratnya..mereka akan mencadangkan aktiviti seperti hang out bersama kawan,tengok movie kat cinema dan sebagainya.Tapi kat sini apa yang aku nak highlightkan cara-cara nak hilangkan stres dalam islam.
Bacalah al Quran..InsyaAllah jiwamu akan tenang..InsyaAllah kita sama-sama menjadikan amalan membaca al-Quran ni sebagai amalan wajib harian.:)



Tapi kenapa ada je orang yang walaupun kerja bertimbun tetapi hati dia tetap tenang je...:)
Mungkin kerana dadanya lapang..dan Allah telah memberikan keberkatan kepada dirinya..
Alang-alang cakap pasal ni.aku rasa macam nak share satu ayat dengan korang semua..:)

Bukak surah ke 63 ayat ke 9(Surah al Munafiquun)
Allah telah berfirman:

'Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah.Dan barang siapa yang berbuat demikian,maka mereka itulah rang-orang yang rugi'

Nampak tak kat sini macam mane Allah telah memberi amaran kepada kita agar jangan sekali-kali alpa dengan nikmat dan harta,otherwise kita akan rugi..nauzubillah..
Dalam situasi aku sekarang ni aku lebih suka kaitkan harta benda tu dengan homework-homework hehe
InsyaAllah aku yakin Allah pasti memberi aku kelapangan jika aku memberi kelapangan untukNya.
Lepas tu,cuba baca ayat ni pulak.

'Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.Sedangkan negeri akhirat itu,sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.Tidakkah kamu mengerti?'

Aku tersentak apabila mula-mula mendengar ayat ini dari kakak usrah?permainan dan senda gurau?
Selama ni aku bertungkus lumus untuk berjaya dan kadang-kadang tu sampai aku memberi pelbagai alasan kepada kakak usrah untuk tak join aktiviti usrah.Ada je yang aku join tapi kadang-kadang tu hati aku bukan kat sana.
Kenapa aku nak tumpukan hidup aku pada dunia semata-mata?bukankah akhirat itu infinity,kekal selamanya?Kenapa aku bimbang dan tidak yakin untuk menyertai program usrah yang merupakan salah satu dakwah untuk islam?Adakah kerana aku takut aku tidak akan menyiapkan homework?Aku akan menjadi tidak pandai berbanding orang lain?Pointer aku rendah??macam tu ke??

Sedangkan hakikatnya semuanya berlaku kerana Allah.Andai Allah menginginkan kejayaan untuk aku nescaya Dia akan berikan kejaan kepadaku dalam sekelip mata.
Semalam kakak usrah aku ada bercerita mengenai perang Tabuk,..bagaimana Kaab bin...(aku tak ingat) yang pernah dijanjikan syurga leh Allah kerana memenangi perang Badar;ingin melewatkan sedikit masa keberangkatannya kerana ingin mengutip buah kurma.Pada waktu perintah Allah supaya pergi berperang ke Tabuk itu, kurma sedang berbuah lebat..Perjalanan ke Tabuk merupakan sebuah perjalanan yang jauh..dan tanpa diduga peperangan itu tidak jadi berlaku.Itu hanyalah ujian Allah semata-mata kepada para sahabat.MasyaAllah..
Cuba kita lihat ayat ni,Surah At Taubah ayat ke 38 yang diturunkan ketika Allah sedang marah..

'Mengapa apabila dikataan kepada kamu,'Berangkatlah(untuk kamu berperang)di jalan Allah,'Kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat mu?Apakah kamu lebih menyayangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat?Padahalkenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit'.

InsyaAllah sama-sama kita fikirka.Doakan ana:)Ana pun tidak sempurna..cuma ana sedang mencari..mencari kebenaran dalam kehidupan..^_^




0 comments: