BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 24, 2011



Assalamualaikum semua..:)

'Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami,kemudian apabila kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata,'Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku.Sebenarnya itu adalah ujian,tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui,' -Surah Az Zumar ayat ke 19.

Tiba-tiba datang satu idea untuk menceritakan suatu realiti yang kerapkali berlaku dalam kalangan kita.'Semakin banyak kita berusaha,semakin cemerlang keputusan kita.'Suatu tanggapan yang sememangnya salah dan tidak wajar sama sekali.Namun kita kadangkala tidak menyedari bahawa kita sendiri tidak terlepas dari tanggapan ini.

Sebagai contoh,kita tidak sanggup untuk menghadiri kuliah maghrib,tazkirah atau iftar semata-mata kerana ingin mengulangkaji pelajaran.Lihatlah betapa kita bergantung harap kepada usaha sedangkan Allah lah yang sepatutnya menjadi tempat pergantungan bukannya usaha yang hanyalah alat semata-mata.

Namun ini tidak bermakna kita tidak perlu berusaha kerana sebagaimana firman Allah dalam surah An Najm iaitu ' Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya'...

Dan bagi mereka yang telah berusaha berulang-ulang kali namun masih tidak menemuii kejaayaan dalam hidupnya...La Tahzan...;) INNALLAHAMAANA..Allah sentiasa bersama dengan kita dan sebagaimana firman Allah dalam surah Al Mudassir ayat ke 7,'Dan kerana Tuhanmu bersabarlah'...bersabarlah..dan bergantunglah pada Allah kerana hanya Dialah sebaik-baik tempat pergantungan..

Namun jangan lupa juga disaat kita naif mengejar keduniaan..akhirat jangan sesakali dilupakan kerana Allah sendiri pernah berfirman bahawa:

'Barang siapa menghendaki kehidupan duniawi,maka Kami segerakan baginya di dunia ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki.Kemudian Kami sediakan bagi mereka diakhirat neraka Jahannam;dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.

Surah Al-Isra' ayat ke 18
InsyaAllah moga-moga kita semua berada dibawah linkunga Rahmatnya..:)
AMINN...







With my classmate,Nisa Liyana..




The result..^_^

0 comments: