BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 23, 2011

" Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya,dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya?Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat?Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran? "

-Surah al-Jasiyah ayat 23

Sekadar ingin berkongsi ayat yang aku kakak usrah bagitahu masa usrah maghrib tadi..
Nafsu?

'Yang memimpin wanita bukanlah akalnya namun hatinya"

Aku bukan cuba untuk bersikap stereotaip kat sini tapi inilah realiti dan hakikat yang aku sendiri alami.
Memang sukar untuk aku akui bahawa hidupku selama ini didorong oleh hawa nafsu yang lebih banyak mengundang keburukan berbanding kebaikan?
Ada jugak ke nafsu yang mendorong ke arah keabaikan?
mestila ada...nafsu unuk mencapai kejayaan..^_^

Tapi kebanyakannya membawa keburukan berbanding kebaikan.Contoh paling ketara ;nafsu makan ^_^
Tapi kadang-kadang tu ada jugak nafsu yang kita tak sedar..
Sebagai contoh nafsu yang merasakan bahawa semakin banyak kita berusaha semakin kita berjaya..
Kita selalu menganggap kejayaan kita kerana kegigihan kita selama ini sedangkan kebergantungan kita yang sebenar hanyalah pada Allah swt.Andaikata Allah mentakdirkan kita untuk tidak dapat menggerakkan tangan di hari peperiksaan atau membiarkan fikiran kita kosong@blank..cuba bayangkan?
Nauzubillah..
Aku pun tidak terlepas dari kelalaian itu kerana sebagai manusia kita sentiasa lupa lebih-lebih lagi bila Allah memberi ujian dengan menganugerahkan kejayaan setelah kita berusaha.
InsyaAllah kita akan cuba sama-sama mengubah persepsi yang salah ini..:)

'Maka pernahkah kamu meihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dalam sepengetahuanNya'

Pernah juga terdetik di hati ini 'mengapa Allah tak menyentuh hati aku ni?Jauh sangatkah aku dariNya?Sedangkan diri ini sedang cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik..Hina sangatkah diri ini?Lalu aku merenung sejenak segala dosa-dosaku yang lepas..lalu aku tersentak..T_T

0 comments: